Tarikh  : 14 Februari 2021 (Ahad)
Masa    : 02.30 petang – 05.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya menggunakan internet dengan penuh etika dan berhemah serta untuk membantu peserta membuat persediaan sebelum menduduki SPM.

 

Aktiviti:

Petugas berkongsi dan memberi serba sedikit penerangan  berkenaan Klik Dengan Bijak di laman sesawang  http://www.klikdenganbijak.my/Utama.aspx. Seterusnya, peserta menjalani seminar bagi subjek teras iaitu Bahasa Inggeris menggunakan kaedah pembelajaran melalui Zoom Webinar. Ini dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan membantu peserta untuk menguasai teknik-teknik menjawab kertas soalan SPM dengan lebih baik lagi.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Februari 2021 (Jumaat)
Masa    : 10.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selama serta untuk meraikan para peserta yang memberi sokongan terhadap penganjuran pertandingan oleh Pusat Internet Komuniti.

 

Aktiviti:

Tayangan video advokasi SKMM telah diadakan serta petugas mengambil peluang dalam memberi sedikit informasi  tentang inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste, Check Your Label dan Sebenarnya.my. Seterusnya, majlis dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis diberkati dan diikuti dengan ucapan dan kata-kata semangat dari Pengerusi MPKK Kampung Teriang. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dijalankan dalam suasana yang sederhana dan semua pengunjung telah mematuhi saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu dengan mengamalkan penjarakan yang selamat, mengimbas maklumat diri menggunakan MySejahtera dan juga pengggunaan pelitup muka dan hand sanitizer.

 

Gambar disini

Tarikh  : 07 Februari 2021 (Ahad)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 1 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah serta untuk membantu peserta membuat persediaan sebelum menduduki SPM.

 

Aktiviti:

Petugas berkongsi dan memberi serba sedikit penerangan berkenaan label MCMC di laman sesawang https://cyl.mcmc.gov.my/BM/what.aspx. Seterusnya, peserta menjalani seminar bagi subjek teras iaitu Sains menggunakan kaedah pembelajaran melalui Zoom Webinar. Ini dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan membantu peserta untuk menguasai teknik-teknik menjawab kertas soalan SPM dengan lebih baik lagi.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Februari 2021 (Jumaat)
Masa    : 09.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memupuk kesedaran kepada peserta dalam penggunaan kandungan internet secara positif di kalangan masyarakat serta untuk meraikan para peserta yang memberi sokongan terhadap penganjuran pertandingan oleh Pusat Internet Komuniti.

 

Aktiviti:

Petugas menayangkan pelbagai video advokasi SKMM serta memberi sedikit penerangan tentang inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste, Check Your Label dan Sebenarnya.my. Seterusnya, majlis dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis diberkati dan diikuti ucapan dan kata-kata semangat dari Pengerusi MPKK Kampung Teriang. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dijalankan dalam suasana yg sederhana dan semua pengunjung telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan yang selamat dan juga pengggunaan pelitup muka dan hand sanitizer.

 

Gambar disini

Tarikh  : 06 Februari 2021 (Sabtu)
Masa    : 09.00 pagi – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

  • Untuk membudayakan prinsip-prinsip rukun negara dalam penggunaan internet seharian, untuk menggalakkkan pengguna sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tersebar, mempromosikan dan memberi kesedaran program E sukan dengan lebih meluas, menggalakkan penglibatan komuniti dalam E sukan dan menjadikan PIK tempat asas pembelajaran dan pengembangan E Sukan serta mencungkil bakat dan kreativiti komuniti PIK dalam bidang E sukan.

 

Aktiviti:

Pusat Internet Komuniti berperanan dalam menyematkan amalan pembudayaan prinsip-prinsip rukun negara di kalangan peserta dalam penggunaan internet yang berhemah dan beretika. Peserta melayari laman sesawang inisiatif-inisiatif advokasi di bawah anjuran SKMM bagi memudahkan pemahaman para peserta. Selain itu, petugas mengambil peluang mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PIK. Pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat memangkin masa depan cerah seiring perkembangan pesat ekonomi digital sekarang ini. Pusat Internet Komuniti telah mengambil inisiatif dengan menyokong pertumbuhan industri e-sukan terutama permainan digital atas talian yang mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti dan potensi diri di kalangan peserta. E sukan adalah keperluan masa hadapan, penerapan kemahiran yang membangunkan sektor kandungan dan teknologi kreatif, sekali gus membawa pertumbuhan memberangsangkan kepada sektor animasi, kesan visual, media baru serta sektor permainan digital. Penganjuran Pertandingan Mini e-Sukan Pusat Internet Komuniti 2021 di Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang telah memberi peluang kepada peserta tempatan dalam menimba pengalaman dan mendalami proses pembelajaran bagaimana sistem pertandingan ini diadakan. Sambutan yang menggalakkan daripada peserta telah memperkenalkan Pusat Internet Komuniti dan perkhidmatannya luar dari lingkaran komuniti setempat.

 

Gambar disini