Tarikh   : 18 April 2021 (Ahad)
Masa     : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi informasi tentang penipuan internet dan kewangan dan cara-cara mencegah perkara ini dari berlaku, untuk memberi kesedaran kepada peserta supaya bertindak lebih bijak dalam mengawal situasi jika kejadian ini berlaku, serta untuk membantu peserta menggunakan platform digital dalam menghasilkan ciptaan secara atas talian

 

Aktiviti :

Dalam video Klik Dengan Bijak: Penipuan Kewangan ini yang dikongsikan oleh petugas ini membawakan cerita tentang satu kisah penipuan internet dan kewangan. Mangsa perlu membuat pemindahan sejumlah wang yang besar ke dalam akaun yang tidak dikenali melaui pautan laman sesawang palsu dalam mesej yang tidak dikenal pasti dan mangsa tidak memeriksa terlebih dahulu kesahihan pautan tersebut. Pengajaran yang diterapkan dalam video ini adalah jangan jadi mangsa penipuan perbankan internet dan tawaran yang nampak terlalu bagus berkemungkinan suatu penipuan. Kita perlu memastikan kata laluan dan nombor pin adalah sulit, taipkan url laman sesawang bank terus ke dalam pelayar sesawang, jangan balas sebarang mesej yang meminta maklumat peribadi atau kewangan serta jangan buka sebarang pautan laman sesawang yang mencurigakan. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu berkaitan tutorial menggunakan 3D Slash: Basic Functions. Aplikasi ini dapat membantu peserta dalam merekacipta suatu binaan atau barangan dalam gambaran 3D sebelum melakukan 3D printing. Aplikasi ini dapat digunakan juga untuk membina 3D Games. Peserta dapat mengasah bakat dalam menghasilkan lukisan 3D yang kreatif, menajamkan daya imaginasi dan pemikiran yang lebih intelektual di samping dapat menjimatkan masa. Sesi soal jawab dengan petugas turut dibuka kepada peserta yang kurang faham dalam menggunakan tools dalam 3D Slash.

Gambar disini

Tarikh   : 17 April 2021 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang  

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah, untuk mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC serta untuk memberi pengalaman baru dalam pembelajaran dan mewujudkan komuniti digital

 

Aktiviti :

Kempen Check Your Label (CYL) adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan iaitu https://cyl.mcmc.gov.my/BM/home.aspx . Petugas berkongsi pautan video dari saluran Check Your Label  MCMC bagi memudahkan peserta memperolehi info berkaitan kempen ini. Kelas QuizWhizzer adalah platform digital yang direka untuk meningkatkan pembelajaran dalam kelas melalui kaedah gamifikasi. Ia dapat menambahkan minat dan kesungguhan pelajar-pelajar untuk belajar dengan cara yang sangat menarik dan memudahkan pengajar untuk menyemak jawapan serta menjimatkan masa. Dalam era digital kini, teknik pengajaran ini lebih efektif dan menjadikan pengalaman belajar lebih seronok. Laman sesawang https://quizwhizzer.com adalah salah satu insiatif mengajar yang lebih berkesan dan kreatif dalam zaman teknologi ini dan sangat mudah diakses oleh pelbagai peringkat masyarakat. Peserta turut bertanya berkaitan QuizWhizzer kepada petugas bagi meningkatkan pemahaman mereka.

Gambar disini

Tarikh   : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 18 orang 

 

Tujuan :

  • Mendidik pengguna agar berfikir dahulu sebelum memuatnaik atau memaparkan maklumat di internet, merangsang pengguna agar membina reputasi digital yang positif, mempromosikan dan memberi kesedaran program E-sukan dengan lebih meluas, menjadikan PIK tempat asas pembelajaran dan pengembangan E-Sukan serta mencungkil bakat dan kreativiti komuniti PIK dalam bidang E-sukan

 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan perkara Reputasi Digital dengan memperkenalkan laman sesawang http://www.klikdenganbijak.my/Galleries/Tips/Detail-ReputasiDigital.aspx . Laman sesawang ini membantu peserta untuk lebih memahami dalam membuat perkongsian di atas talian sama ada perkara yang disiarkan itu bakal memberi reputasi yang positif atau negative serta impaknya pada masa akan datang dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, petugas mengambil kesempatan dalam mempromosi jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Komunit selain penggunaan internet. E-Sport State Qualifier PIK Negeri, Negeri Sembilan 2021 bermula sejurus tepat jam 10 pagi dan pertandingan ini berlangsung tanpa henti dan serentak bagi setiap pasukan yang mewakili pelbagai Pusat Internet Komunit di seluruh Negeri Sembilan. Inisiatif ini telah dapat menjadikan PIK sebagai salah satu hub dalam mencungkil bakat komuniti tempatan serta aktiviti ini menjadikan jalinan komuniti yang lebih rapat serta kreatif.

Gambar disini

Tarikh   : 11 April 2021 (Ahad)
Masa     : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang  

 

Tujuan :

  • Mendidik pengguna dalam menggunakan internet secara positif, memberi penekanan kepada peserta supaya bijak dalam menilai sesuatu informasi yang diterima di internet serta berkongsi ilmu bagaimana untuk membuat kalendar secara digital disamping menyokong kempen sayangi bumi

 

Aktiviti :

Penekanan konsep Teknologi dan Anda telah membantu peserta dalam menggunakan teknologi secara positif untuk berhubung dengan orang lain serta menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dalam dunia digital. Selain itu, peserta dapat memanfaatkan teknologi dalam kehidupan seharian serta menggunakan kemahiran pemikiran secara kritis dan kritikal ketika menerima sesuatu maklumat di alam maya. Seterusnya, petugas berkongsi video bagaimana cara-cara menggunakan Google Calendar. Dalam sesi perkongsian ini turut diajar tentang Adding an event, Viewing your calendar, Inviting people to your event, Editing and deleting an event serta Creating and sharing calendars. Kaedah ini memudahkan peserta membuat kalendar secara digital di samping menjimatkan penggunaan kertas. Sesi soal jawab dengan petugas diadakan bagi membantu peserta yang kurang memahami isi kandungan video tersebut.

 Gambar disini

 

Tarikh   : 8 April 2021 (Khamis)
Masa     : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik peserta untuk mengamalkan sikap tidak pasti, jangan kongsi, untuk menguar-uarkan platform rasmi MY bagi menyemak kesahihan sesuatu berita serta memberi idea kepada peserta untuk menjana pendapatan dengan menjual barangan preloved atau secondhand

 

Aktiviti :

SEBENARNYA.MY adalah sebuah portal pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya lagi. Platform rasmi ini adalah bertujuan menyampaikan maklumat yang benar berkenaan berita atau kandungan palsu yang diterima secara dalam talian. Ini dapat membantu para pengguna agar menjadi lebih bijak dalam berkongsi atau menyebarkan sebarang maklumat yang sahih dan tepat sahaja. Seterusnya, petugas meneruskan aktiviti latihan keusahawanan secara perkongsian di kumpulan Whatsapp. Petugas memperkenalkan kaedah jual beli barangan terpakai atau preloved di laman dagang terkemuka seperti Carousell, Mudah.my dan Lelong.com. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan ianya adalah percuma. Petugas memberi panduan bagaimana untuk membuka akaun kali pertama bagi pengguna baru serta memuat naik produk yang ingin dijual dalam platform niaga ini. Peserta turut diberi tips bagaimana untuk menulis caption kreatif serta memilih gambar produk yang menarik supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk tersebut. Sesi perkongsian antara peserta dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir dalam menggunakan aplikasi atas talian ini.

Gambar disini