Tarikh  : 22 Julai 2021 (Khamis)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberikan kesedaran awam mengenai keprihatinan dalam menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada orang lain serta ntuk menambah ilmu kemahiran keusahawanan dalam mempromosikan produk di laman media sosial dan e-dagang.

 

Aktiviti :

Kempen ‘Sabar sebelum sebar’ ini adalah salah satu inisiatif di bawah SKMM yang bertujuan memberikan kesedaran awam mengenai keprihatinan dalam menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Kempen pendidikan awam ini adalah salah satu usaha bersiri ditujukan khasnya kepada komuniti setempat dalam membuat pengesahan maklumat yang telah diperolehi dan melakukan kajian serta merujuk sumber yang dipercayai sebelum menyampaikannya kepada yang lain. Matlamat utama kempen ini adalah untuk mengubah tingkah laku serta sikap pengguna supaya lebih bijak dalam menganalisis dan diharap dapat mengawal penularan berita palsu di rangkaian media sosial. Seterusnya, petugas berkongsi sedikit ilmu dalam proses pengeditan imej secara atas talian di laman sesawang https://www.photofancy.co.uk/editor/ . Sebelum memulakan kelas, peserta diberi pengenalan ringkas akan fungsi-fungsi yang terdapat dalam editor ini seperti image editing, image correction, add text to photos, photo effects dan fancy-photo. Ianya sangat mudah digunakan, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan dapat dimuat turun secara percuma. Peserta dapat mencantikkan lagi gambar-gambar produk yang telah diambil dengan rekaan eksklusif serta ringkas dan sangat sesuai digunakan dalam platform e-dagang mahupun di media sosial bagi tujuan promosi. Petugas turut memberi tunjuk ajar ringkas dalam memuat naik gambar ke Facebook.

Gambar disini

Tarikh  : 18 Julai 2021 (Ahad)
Masa    : 02.00 petang – 03.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 20 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran serta mendidik pengguna bahawa peranti elektronik yang tiada label MCMC adalah salah dan boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain serta untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai disamping dapat membentuk minat para peserta untuk menceburi bidang teknologi.

 

Aktiviti :

Label MCMC adalah tanda kelulusan bagi semua peralatan komunikasi tertakluk kepada undang-undang yang telah diperuntukkan. Program kesedaran ini adalah untuk mendidik pengguna bahawa peranti elektronik yang tiada label MCMC adalah salah dan boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain. Selain itu, alat komunikasi tersebut berkemungkinan adalah palsu dan boleh mengganggu frekuensi dalam perkhidmatan komunikasi. Selepas itu, petugas memulakan slot seterusnya. Pembelajaran asas pengaturcaraan adalah salah satu cabang topik sains komputer. Pelbagai aplikasi harian yang wujud pada masa kini seperti membuat permainan atas talian dan lain-lain bermula dari bahasa pengaturcaraan komputer. Laman sesawang https://code.org/minecraft menyediakan tutorial yang sangat mudah difahami dan dipraktikkan tanpa menggunakan kod pengaturcaraan yang susah. Peserta hanya menggunakan template permainan yang telah disediakan dengan hanya memasukkan lagu pilihan, baca arahan yang diberikan dan masukkan blok pengaturcaraan ke ruang kerja yang disediakan. Pelbagai lapisan golongan boleh mencuba program ini dan ia seterusnya memupuk daya kreatif dan inovatif kepada peserta dalam menyelesaikan permasalahan secara kritis. Dengan hanya sedikit bimbingan dari petugas, peserta telah dapat memahami cara penghasilan projek tersebut.

Gambar disini

Tarikh  : 09 Julai 2021 (Jumaat)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi kesedaran kepada komuniti dalam mengenal pasti pengantun serta membanteras jenayah yang berkaitan serta untuk memberi idea dalam menjana pendapatan melalui industri kreatif dengan bermodalkan dengan jumlah yang kecil.

 

Aktiviti:

Petugas berkongsi maklumat ringkas berkenaan “Apa itu antun seksual dalam talian?”. Dalam konteks ini, komuniti diberi pendedahan untuk mengenali siapakah pemangsa tersebut dan modus operandinya. Jika terdapat hubungan emosi melalui pembentukkan atau didikan keperibadian kanak-kanak dengan pemangsa iaitu kanak-kanak tersebut mendengar kata atau suruhan pengantun, maka komuniti perlu peka dengan melaporkan kejadian tersebut ke pihak berkuasa dalam kadar segera bagi mengelakkan jenayah seksual, keganasan, pemerdagangan manusia dan lain-lain dari berlaku. Seterusnya, petugas berkongsi pautan video yang menerangkan tentang cara-cara membuat rantai kunci (keychain) daripada kain felt. Paparan video https://www.youtube.com/watch?v=tiLkoVgeylk ini dapat memberi idea kepada masayarakat untuk menjana pendapatan sendiri mahupun mengisi masa lapang. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah didapati dan peserta boleh membuat carian di Youtube dalam menghasilkan hasil kraftangan yang lebih menarik dan unik. Peserta turut diajar teknik ringkas mengambil gambar produk mengunakan telefon pintar dan memuat naik gambar ke media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram serta lain-lain dengan menggunakan caption yang boleh menarik minat pelanggan untuk membeli produk tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 Julai 2021 (Selasa)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik komuniti dalam mengenal apa itu penipuan kewangan serta implikasinya terhadap seseorang individu dan masyarakat serta untuk membantu peserta dalam menggunakan kaedah pemasaran secara digital terutamanya dalam platform media sosial.

 

Aktiviti:

Penipuan kewangan adalah aktiviti di mana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Atas dasar permasalahan yang berlaku ini, advokasi SKMM ini telah membantu komuniti dalam memberi pendidikan  untuk mengenal ancaman atau jenayah siber yang berlaku di alam maya seperti scam, phishing, hacking dan sebagainya. Kempen kesedaran ini dapat membantu masyarakat supaya lebih peka akan persekitaran dan mempunyai pengetahuan jika kejadian ini berlaku dalam komuniti. Perkongsian video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=cCLcVfN9Dvs ini sangat membantu dalam penyebaran maklumat berkaitan isu penipuan kewangan. Seterusnya, petugas berkongsi pautan https://www.youtube.com/watch?v=EfJcDswII3g dan https://www.youtube.com/watch?v=eHxId1SXhmA dalam sesi pembelajaran mempromosikan perniagaan melalui Instagram dan Facebook Live. Kandungan video ini menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat iklan di Instagram Stories dan asas Instagram Live dengan kaedah paling mudah dan senang difahami terutamanya bagi usahawan yang ingin mendapatkan jualan kali pertama melalui Instagram. Untuk pelajaran menggunakan Facebook, jika membuat perniagaan secara atas talian, penggunaan Live Facebook perlu kerana ianya sangat membantu dalam mencapai sasaran jualan, meningkatkan jualan dan berinteraksi dengan rakan Facebook bagi membuat Close Deals. Tips-tips yang dikongsikan dalam video ini memberi asas pengetahuan kepada usahawan pemula dalam mempromosikan produk perniagaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 03 Julai 2021 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi pendidikan kepada komuniti supaya tidak memuatkan kandungan yang tidak sihat dan tidak sesuai termasuklah yang menyalahi undang-undang bagi mengawal salah laku jenayah di alam siber serta untuk melahirkan peserta yang kreatif dalam dunia digital bagi menghasilkan video produk yang menarik

 

Aktiviti:

Reputasi digital adalah gambaran reputasi diri di dunia nyata. Semakin canggih teknologi digital, semakin penting untuk menjaga reputasi digital yang semakin berkembang. Maklumat yang dikongsikan tentang diri tersedia untuk sesiapa sahaja dan semua orang boleh melihat dan memuat turunnya dan menjadikan jejak digital diri kekal selamanya di dunia digital. Apa yang dikongsi dalam talian, akan kekal dalam talian. Justeru itu, langkah kawalan kendiri iaitu mengawal diri daripada bertindak mengikut emosi dan nafsu. Pendekatan MCMC ini dapat membendung komuniti untuk tidak memuatkan kandungan yang tidak sihat dan tidak sesuai termasuklah yang menyalahi undang-undang. Langkah pengawalan kendiri dari awal dapat mengawal salah laku jenayah di alam siber. Perkongsian di laman https://ms-my.facebook.com/pusatinternetkomunitikgwa/videos/klik-dengan-bijak-reputasi-digital-kawalan-kendiri/332361344947336/?__so__=permalink&__rv__=related_videos ini sangat membantu dan mudah difahami. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu dalam pembuatan video kreatif dan mudah melalui saluran https://www.youtube.com/watch?v=kKcoC91CHSU . Terdapat pelbagai video template disediakan dan sangat sesuai dimuatkan ke berbagai-bagai platform media sosial. Dalam tutorial ini, peserta diajar untuk menukar latar belakang, tulisan, gambar, transisi babak dan lain-lain lagi serta cara untuk menyimpan video tersebut. Biteable adalah freeware iaitu boleh diakses secara percuma dan ianya sangat praktikal serta sesuai untuk tujuan promosi produk atau sesuatu majlis. Terdapat sesi soal jawab ringkas bagi membantu peserta yang kurang cekap untuk menggunakan fungsi yang diterangkan.

 

Gambar disini