Nama                            : Suthashny A/P Ramesh

Umur                            : 19 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Latar belakang

Suthashny merupakan pelajar sekolah SMK Undang Jelebu dan baru sahaja menamatkan sesi persekolahannya dan telah selesai menjalani peperiksaan SPM ulangan. Kediaman Suthashny dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Suthashny untuk berkunjung ke PIK bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PIK Kuala Klawang, Suthashny kurang cekap dalam menggunakan aplikasi atas talian dan Microsoft Office. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PIK bagi mempelajari kemahiran ICT dan kerap bertanya jika kurang faham berkaitan dengan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini, Suthashny mahir dalam menggunakan komputer selepas menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan di PIK Kuala Klawang. Dia juga kerap melayari laman web e-pembelajaran dan menyertai e-tuisyen di PIK bagi membuat latihan serta mengulangkaji subjek SPM. Peningkatan kemahiran ICT Suthashny telah membantu serta memudahkan proses pembelajarannya dalam menghadapi SPM kali ini. Suthashny juga mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sebayanya serta adiknya dalam menggunakan komputer. Selain belajar kemahiran ICT, Suthashny turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti menghasilkan poster secara atas talian, membuat suntingan video menggunakan aplikasi yang mudah dan sebagainya.

Nama                              : Nurul Fatiha Binti Ab Zail

Umur                              : 26 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan dengan menjadi ejen jualan yang menjual pelbagai barangan produk ANAS Kosmetik seperti gincu, pembayang mata, maskara, penutup cela, pemerah pipi dan bedak asas.

 

Latar belakang

Cik Fatiha baru sahaja menceburi bidang perniagaan berasaskan barangan kosmetik. Sebelum ini, beliau pernah mengusahakan perniagaan yang lain seperti makanan serta pakaian tetapi kurang mendapat sambutan yang menggalakkan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PIK, beliau hanya menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut sahaja. Cik Fatiha menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan skop jualannya tidak meluas dan hanya terhad di kalangan kenalan rapat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan memperoleh ilmu keusahawanan dari petugas PIK, Cik Fatiha kini menggunakan medium media sosial bagi mempromosi dan memasarkan produk ANAS Kosmetik. Dengan ilmu promosi atas talian, pendapatan beliau juga semakin meningkat. Anggaran purata jualan beliau sebulan  sangat memberangsangkan. Beliau kini mampu untuk menambah stok jualan bulanan beliau dan jangkauan pasaran beliau kini lebih meluas ke negeri lain.

Nama                            : Muhammad Nazmil bin Muhd Najib

Umur                            : 9 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Latar belakang

Nazmil merupakan pelajar sekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang. Kediaman Nazmil dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang adalah berdekatan dan ini memudahkan Nazmil untuk berkunjung ke PIK bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PIK Kuala Klawang, Nazmil kurang cekap dalam menggunakan komputer. Namun begitu, dia kerap mengunjungi PIK bagi mempelajari kemahiran ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas menyertai beberapa kelas yang dianjurkan di PIK Kuala Klawang, kini Nazmil mahir dalam menggunakan komputer. Dia juga kerap melayari laman web e-pembelajaran bagi membuat latihan serta ulangkaji subjek berkaitan. Nazmil juga mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sebayanya dalam menggunakan komputer. Selain belajar kemahiran ICT, Nazmil turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM serta latihan multimedia seperti menghasilkan poster secara atas talian.

Nama                             : Ashraf Khusaire Bin Akbarulazhar

Umur                              : 23 tahun

Tahun menjadi Ahli PIK: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual minuman coklat kurma dengan kebaikan omega 369 yang sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan orang tua.

 

Latar belakang

En. Ashraf baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma di sebuah universiti terkemuka dan kini beliau sedang menjalankan perniagaan menjual minuman coklat kurma keluaran Int3tree.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PIK, En. Ashraf menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan kenalan rapat sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut dan secara bersemuka.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, En. Ashraf kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk minuman coklat kurma. Dengan ilmu promosi atas talian, pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan beliau sebulan antara RM1000.00 hingga RM2000.00. Beliau turut memasarkan produk di gerai-gerai serta pasar raya kecil.