Nama                            : Nor Hahjah Bt Idris

Umur                            : 44 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2019

 

Bentuk perniagaan

Menjual pelbagai jenis kuih muih dan kek

 

Latar belakang

Puan Hahjah menjalankan perniagaan home bakery yang dijalankan di rumahnya sendiri. Beliau menjual pelbagai jenis kuih muih dan kek mengikut kehendak pelanggan-pelanggannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Hahjah tidak menggunakan sebarang platform atas talian untuk memasarkan produk beliau. Beliau hanya menjual kuih muih dan kek dalam kalangan rakan-rakan rapatnya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa siri kelas yang dianjurkan, beliau kini mempunyai akaun media sosial yang digunakan khusus untuk memasarkan produk-produk keluarannya. Puan Hahjah turut mengiklankan produknya ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti hasil tunjuk ajar petugas. Beliau turut mengakui bahawa pengiklanan dan promosi yang dilakukan secara atas talian banyak membantu meningkatkan hasil jualannya.

Nama                            : Azrina Binti Abdul Wahab

Umur                            : 35 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual minyak wangi bagi lelaki dan wanita.

 

Latar belakang

Puan Azrina sering berkunjung ke pusat internet bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan lokasi rumah beliau yang berhampiran dengan PI Kuala Klawang. Beliau merupakan agen bagi produk minyak wangi untuk kegunaan lelaki dan wanita sekitar Jelebu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya menjalankan promosi produknya dari mulut ke mulut iaitu melalui kenalan rapat sahaja. Puan Azrina telah datang ke pusat internet bagi mengikut kelas-kelas yang dianjurkan bagi meluaskan perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai beberapa siri kelas yang dianjurkan, Puan Azrina kini menggunakan akaun media sosial bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pelanggannya juga kini terdiri daripada penduduk-penduduk luar Jelebu. Beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pendapatan beliau juga turut meningkat disebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi dikalangan pelanggannya.

 

Nama                           : Sharifah Dewi Bte Syed Mahussin

Umur                           : 45 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2013

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan spa bergerak yang memfokuskan kepada golongan wanita.

 

Latar belakang

Puan Dewi merupakan seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan mobile spa atau spa bergerak. Beliau mula berkecimpung dalam dunia home spa ini sejak awal tahun lepas. Beliau mula berminat menyertai bidang ini setelah mendalami dan mengikuti beberapa siri kelas mengenai spa dan produk yang berpotensi serta berkesan untuk  pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT,beliau tidak mempunyai akaun media sosial bagi  tujuan mempromosikan servis spa bergerak. Beliau sering berkunjung ke PI bagi mendapatkan tunjuk ajar serta menyertai beberapa siri kelas keusahawanan, online editing dan sebagainya bagi meluaskan lagi perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, beliau kini menggunakan medium media sosial bagi meluaskan lagi perniagaanya. Beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop bagi mempromosikan lagi servis spa bergerak. Puan Dewi juga kini semakin cekap dalam menghasilkan flyers secara atas talian untuk diedarkan kepada pelanggannya. Pendapatan beliau juga turut meningkat dari RM100 ke RM500 sebulan kerana peningkatan permintaan dari pelanggan hasil pengiklanan di media sosial.

 

    

Nama                           : Zul Arshi Bin Zulkifli

Umur                           : 12

Tahun menjadi ahli PI: 2016

 

Latar belakang

Zul Arshi merupakan pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Teriang. Dia sering berkunjung ke Pusat Internet Kuala Klawang bagi menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan disamping meningkatkan pengetahuan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet, Arshi hanya menguasai asas komputer iaitu membuat carian di pelayar web dan menonton video di Youtube. Oleh kerana di rumahnya tidak mempunyai komputer, Arshi kurang pendedahan mengenai penggunaan komputer.           

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai beberapa siri kelas di PI Kuala Klawang, kini Arshi sudah mahir dalam menggunakan Microsoft Office disamping memanfaatkan penggunaan internet dalam menyiapkan kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru-guru. Arshi juga semakin mahir dalam video editing dan photo editing dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang di ajar oleh petugas Pusat Internet.

Nama                           : Muhd Shahrul Izwan Bin Mohd Saad Arbi

Umur                           : 14 

Tahun menjadi ahli PI: 2014

 

Latar belakang

Shahrul merupakan pelajar Sekolah Menengah Undang Jelebu dan merupakan pelajar yang sangat aktif bersukan. Shahrul sering berkunjung ke Pusat Internet Kuala Klawang bagi mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan disamping mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan yang lain. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal penglibatan dalam kelas-kelas ICT yang dianjurkan, adik Shahrul kurang mahir dalam menggunakan komputer.  Adik Shahrul juga tidak mahir menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan Microsoft Office Excel.

                                                    

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa siri kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Kuala Klawang, adik Shahrul kini semakin cekap dalam menggunakan komputer serta internet dengan bimbingan minima daripada petugas. Adik Shahrul juga memanfaatkan penggunaan internet dengan membuat latihan secara atas talian melalui laman web-laman web yang telah di ajar oleh petugas.