Nama                           : Halimah Binti Abu Bakar

Umur                           : 49 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018    

 

Bentuk perniagaan

Menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran perkahwinan, andaman, spa, dan surprise planner.

 

Latar belakang

Puan Halimah memulakan perniagaan spa dan andaman pada tahun 2014. Kini, beliau meluaskan perniagaan beliau dalam menyediakan perkhidmatan surprise delivery sekitar kawasan Jelebu. Puan Halimah menerima tempahan pelbagai jenis majlis seperti majlis hari jadi dan perkahwinan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Halimah mengakui sebelum terlibat dengan PI, beliau mempromosikan perniagaanya hanya melalui aplikasi Whatsapp dan hebahan dari mulut ke mulut. Beliau sering berkunjung ke PI Kuala Klawang bagi mendapatkan latihan ICT kerana beliau akui tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan dengan beberapa siri kelas di PI Kuala Klawang, beliau kini mempromosikan perniagaannya melalui akaun media sosial iaitu Instagram Business dan Facebook Page. Beliau memanfaatkan sepenuhnya media sosial bagi mempromosikan perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai. Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram.

  

Nama                                : Ramdaniza Binti Md Adip

Umur                                 : 40 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI     : 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual  pelbagai jenis daging pekasam dan sambal.

 

Latar belakang

Puan Ramdaniza menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis daging pekasam dan sambal yang dijual di sekitar Jelebu khususnya Kuala Klawang. Beliau berniaga secara kecil-kecilan dari rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pasaran beliau terhad pada rakan-rakan dan pelanggan di kawasan sekitar sahaja. Beliau mempunyai asas dalam bidang ICT dan pernah menghadiri kelas keusahawanan yang di jalankan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kelas keusahawanan yang diikuti di PI dapat meningkatkan peluang beliau dalam memasarkan perniagaan yang dijalankan. Beliau turut mengakui bahawa pelbagai maklumat baru yang diperolehi serta pelbagai kemahiran keusahawanan di pelajari seperti teknik mengiklankan produk di laman sosial. Keuntungan perniagaannya juga meningkat dari RM100 ke RM 500 kerana peningkatan permintaan dari pelanggan hasil pengiklanan di media sosial. Puan Ramdaniza turut mempelajari cara mempromosikan produk beliau di laman My Shop Dashboard Komuniti untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Nama                                                : Haryati Binti Sidi

Umur                                                : 44 Tahun

Tahun menjadi ahli Pusat Internet: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjual jamu yang dihasilkan dengan menggunakan herba-herba tradisional orang kampung.

 

Latar belakang

Puan Haryati memulakan perniagaan dengan menjual jamu untuk kegunaan perempuan sahaja. Beliau menggunakan herba-herba tradisional dalam menghasilkan setiap jamu yang dijual. Jamu keluaran Puan Haryati mempunyai pelbagai manfaat seperti mencantikkan kulit, menurunkan berat badan, dan sebagainya kerana ramuan yang digunakan mengandungi ramuan rahsia nenek moyang beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan teknologi ICT, pelanggan beliau terdiri daripada kenalan terdekat sahaja. Puan Haryati telah datang ke pusat internet bagi mengikuti kelas-kelas keusahawanan dan ICT yang dianjurkan bagi meluaskan lagi perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan di PI Kuala Klawang, beliau telah mempunyai akaun media sosial khas iaitu Facebook untuk perniagaannya. Pendapatan beliau juga turut meningkat dari RM100 ke RM500 kerana peningkatan permintaan dari pelanggan hasil pengiklanan di media sosial. Jumlah pelanggannya juga turut meningkat dan terdiri daripada pelbagai negeri.

Nama                            : Muhammad Zul Adry Bin Zulkifli

Umur                            : 13 

Tahun menjadi Ahli PI: 2016

 

Latar belakang

Adry sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai aktiviti dan program yang di anjurkan. Adry hanya berjalan kaki ketika mengunjungi Pusat Internet disebabkan kedudukan Pusat Internet dari rumahnya yang berhampiran. Jarak yang berhampiran memudahkan lagi adik Adry untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet, Adry hanya menguasai kemahiran asas komputer iaitu membuat carian di pelayar web dan You Tube sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet, Adry kini berupaya  menggunakan komputer dengan bimbingan minima daripada petugas. Kemahiran ICT adik Adry juga semakin baik, dia sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint, memuat turun gambar dan lagu, membuat poster secara atas talian dan lain-lain lagi.

 

Gambar disini

Nama                                                : Norintan Rahiza Binti Hamdan

Umur                                                : 43 Tahun

Tahun menjadi ahli Pusat Internet: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjual dan menjahit pakaian lelaki dan perempuan.

 

Latar belakang

Puan Rahiza merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang jahitan. Beliau mula menyertai kelas-kelas jahitan yang diadakan di Giat Mara dan Kolej Komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Rahiza hanya mengambil tempahan jahitan daripada kenalan rapat sahaja dan beliau tidak mempunyai sebarang akaun media sosial bagi mempromosikan perkhidmatannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan beberapa siri kelas di PI, Puan Rahiza kini mempunyai akaun media sosial bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan beliau. Beliau turut mengakui bahawa pelanggan yang menempah pakaian meningkat berbanding sebelum penggunaan internet.