Nama                            : Muhammad Nasrullah bin Ishak

Umur                            : 26 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2020

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis minyak wangi untuk kegunaan lelaki dan wanita.

 

Latar belakang

Encik Nasrul baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah di sebuah universiti terkemuka dan kini beliau sedang menjalankan perniagaan menjual minyak wangi keluaran kasturi emas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PIK, Encik Nasrul menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan kenalan rapat sahaja. Beliau menjalankan kaedah promosi dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, Encik Nasrul kini menggunakan medium media sosial bagi memasarkan produk minyak wangi jualannya. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau juga semakin bertambah. Anggaran purata jualan beliau sebulan  antara RM1000.00 hingga RM2000.00. Beliau turut mempunyai beberapa orang agen bagi memasarkan produk ini di pelbagai negeri.

Nama                            : Wong Ning Jie

Umur                            : 12 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2017

 

Latar belakang

Ning Jie merupakan seorang pelajar yang berumur 12 tahun bersekolah di SJKC Kampung Petaling. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Kuala Klawang dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan.  Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet  untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya serta menyertai kelas latihan ICT yang dianjurkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan terlibat dengan latihan ICT di Pusat Internet, Ning Jie tidak tahu apa itu kepentingan ICT dan kurang mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan diri dalam kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Internet Kuala Klawang seperti Kelas Microsoft Office, Ning Jie telah mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power point serta Microsoft Publisher untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah.  Selain itu, Ning Jie juga mula menunjuk minat dan sering ke Pusat Internet untuk menyertai kelas ICT seperti Latihan Fotografi, Poster Editing dan Movie Maker.

Nama                            : Siti Nur A'inn Binti Ismail

Umur                            : 35 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjual pelbagai rangkaian produk wangian keluaran Dexandra.

 

Latar belakang

Cik A’inn merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual wangian keluaran Dexandra. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan beliau mula menceburi bidang ini disamping menjana pendapatan sampingan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau hanya menjalankan promosi melalui mulut ke mulut iaitu jualan produknya hanyalah dalam kalangan rakan-rakan rapat dan ahli keluarga. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PI, beliau memperoleh ilmu dan idea untuk memperbanyakkan lagi promosi melalui medium media sosial dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari perkembangan teknologi ICT yang semakin canggih, Cik A’inn turut mengambil peluang untuk meluaskan perniagaannya secara atas talian. Beliau telah menyertai kelas-kelas yang dianjurkan di PI. Beliau kini mempunyai akaun media sosial yang digunakan khusus untuk berniaga. Beliau juga kerap menyertai kelas-kelas keushawanan yang dianjurkan secara online dan sebagainya. Produk-produknya turut dipasarkan di dalam aplikasi Dashboard Komuniti melalui tunjuk ajar petugas.

Nama                            : Norzeta Sariza bt Ramlee

Umur                            : 50 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan kesihatan iaitu urutan selepas bersalin, urutan Swedish, urutan kesihatan dan berbekam.

 

Latar belakang

Puan Norzeta menetap di Jelebu dan merupakan seorang usahawan yang menjalankan perkhidmatan urutan tradisional Melayu serta menyediakan pelbagai pakej antaranya pakej penjagaan ibu selepas bersalin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT pelanggannya hanyalah dalam kalangan keluarga rapat dan penduduk sekitar Jelebu. Puan Norzeta menjalankan perniagaannya ini hanya melalui buah mulut penduduk setempat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kerap menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan bagi mempromosikan perkhidmatannya. Beliau turut menyertai kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh MDEC di PI Kuala Klawang. Berkat kesungguhanya, kini pelanggan Puan Norzeta tidak lagi tertumpu di kawasan Jelebu sahaja.Beliau kini mempunyai akaun media sosial khusus untuk mempromosikan perkhidmatannya.

Nama                            : Halimatul Sa'adiah Binti Zulkepli

Umur                            : 33 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2019

 

Bentuk perniagaan

Menjual rangkaian produk minyak wangi, Haruman Luqman yang sesuai digunakan dalam perubatan sufi.

 

Latar belakang

Puan Halimatul merupakan seorang penjawat awam yang menjalankan perniagaan menjual produk minyak wangi. Permulaan perniagaan ini dijalankan adalah secara kecil-kecilan bagi mengisi masa terluang. Namun, berkat kesungguhan dan minat Puan Halimatul berniaga telah membolehkan beliau menjadi agent/pengedar sah bagi produk berkenaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Halimatul mempromosikan produk Haruman Luqman dari mulut ke mulut dan pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Sebelum ini beliau menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggannya yang terdiri daripada kenalan rapat. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan program usahawan anjuran Pusat Internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu perniagaan yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan jualan. Beliau dilatih menggunakan akaun media sosial seperti Facebook Page, Instagram Business dan muat naik ke dalam status Whatsapp. Produk-produknya juga boleh didapati dalam aplikasi Dashboard Komuniti.