Nama                            : Souzana Binti Rahim

Umur                            : 40 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis biskut dan pastri sesuai untuk pelbagai majlis.

 

Latar belakang

Puan Souzana merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan 6 orang anak dan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis biskut dan pastri bagi menampung perbelanjaan isi rumahnya. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumahnya sahaja. Namun setelah melihat potensi yang ada dalam mengembangkan secara atas talian, beliau mula menjalankan promosi dan perniagaan secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengembangkan perniagaan secara atas talian, beliau hanya menggunakan kaedah promosi secara mulut ke mulut. Pelanggannya pada waktu itu hanyalah dalam kalangan kenalan rapat dan adik beradik sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PI Kuala Klawang bagi meningkatkan potensi mengembangkan lagi perniagannya. Beliau kini mempunyai akaun media sosial khas bagi mempromosikan perniagaannya dan beliau juga kerap berkunjung ke Pusat Internet bagi mendapatkan khidmat nasihat oleh petugas dalam menggembangkan lagi perniagaannya. Puan Souzana turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti bagi tujuan pemasaran produk ke dalam modul My Shop.

Nama                            : Nor Anisah Binti Mohd Shafie

Umur                            : 27 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2019

 

Bentuk perniagaan

Menjual makanan dan minuman yang berkonsepkan bajet.

 

Latar belakang

Cik Anisah merupakan pemegang Diploma Jaminan Kualiti (DJK) dari ADTEC Shah Alam. Beliau memulakan perniagaan NAMS SANTAI CORNER iaitu sebuah gerai penjaja yang menjual makanan dan minuman yang berkonsepkan bajet. Ianya lebih menfokuskan pada penyediaan makanan dan minuman yang mampu milik bagi semua golongan tidak mengira peringkat usia. Idea perniagaan berkonsepkan bajet ini tercetus apabila Cik Anisah sendiri sebagai seorang pelajar pada suatu ketika dahulu menghadapi kesusahan dan kekangan pendapatan apabila ingin membeli barangan berbentuk makanan dan minuman. Hal ini mendorong Cik Anisah untuk berfikir bagaimana cara untuk menghasilkan sesuatu produk makanan dan minuman berasaskan bajet dan mampu milik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan terlibat dengan PI, Cik Anisah hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Pelanggannya hanya terdiri dari kenalan rapat dan saudara-mara. Teknik promosi yang dijalankan adalah dari buah mulut para pelangannya sahaja. Pada peringkat awal perniagaan, Cik Anisah juga tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi untuk perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa siri kelas dan kursus yang dianjurkan, kini Cik Anisah lebih cekap dalam menjalankan aktiviti promosi secara atas talian. Beliau juga semakin cekap dalam menghasilkan video dan flyers bagi perniagaannya. Cik Anisah turut mengakui dengan adanya teknologi ICT ini membantu dalam mengembangkan lagi perniagaanya dan pendapatan bulanannya juga turut meningkat dari bulan ke bulan.

Nama                           : Wong Li Ping

Umur                           : 13

Tahun menjadi ahli PI: 2013

 

Latar belakang

Wong Li Ping merupakan seorang pelajar sekolah menengah di SMK Undang Jelebu. Li Ping sering berkunjung ke Pusat Internet Kuala Klawang kerana rumahnya yang berhampiran dengan Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kuala Klawang, Li Ping kurang cekap dalam menggunakan komputer dan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan beberapa siri kelas ICT yang dianjurkan, kini Li Ping sudah menguasai kemahiran dalam melayari internet. Dia turut didedahkan mengenai advokasi SKMM dalam membendung jenayah siber yang kian berleluasa dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Li Ping juga berupaya menggunakan komputer tanpa bimbingan orang lain serta boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan  apabila mereka tidak dapat membuat tugasan seperti yang ditunjukkan semasa mengikuti kelas.

Nama                           : Muhammad Fakhrul Bin Zulkarnain

Umur                           : 16

Tahun menjadi ahli PI: 2013

 

Latar belakang

Fakhrul merupakan seorang pelajar sekolah menengah di SMK Undang Jelebu. Dia sering berkunjung ke Pusat Internet (PI) selepas waktu persekolahan kerana kedudukan PI Kuala Klawang dan sekolahnya yang berhampiran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas yang dianjurkan di PI Kuala Klawang, Fakhrul kurang cekap dalam menggunakan komputer. Dia kurang mahir dalam menaip dan membuat carian atas talian kerana tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan beberapa siri kelas ICT yang dianjurkan, Fakhrul kini cekap dalam menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Words, Microsoft Powerpoint dan Microsoft Publisher. Dia turut memanfaatkan penggunaan ICT dalam membuat latihan dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru-gurunya. Fakhrul turut diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM, video dan gambar editing serta laman web e-pembelajaran yang boleh digunakan bagi mengulangkaji pelajaran.

Nama                            : Rabiatul Adawiyah Binti Zainal

Umur                            : 21 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan henna/ inai dan perkhidmatan ukiran inai mengikut permintaan pelanggan.

 

Latar belakang

Cik Adawiyah merupakan pelajar lepasan KPTM Kota Bahru yang baru sahaja menamatkan pengajian beliau. Beliau sangat berminat dalam bidang lukisan henna. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini membuatnya tertarik untuk belajar dengan lebih serius lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pelanggannya terdiri daripada kenalan rapat sahaja. Beliau tidak mempunyai sebarang akaun media sosial bagi mengembangkan perniagannya. Kaedah promosi yang dijalankan oleh beliau sebelum menggunakan ICT adalah dari mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan beberapa siri kelas di Pusat Internet Kuala Klawang, kini Cik Adawiyah mempunyai akaun media sosial khusus untuk mempromosikan perniagaanya. Beliau turut mempromosikan perkhidmatan dan jualan hennanya ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop dengan bantuan petugas Pusat Internet. Beliau turut mengakui pendapatan bulanannya kian meningkat dan jumlah permintaan melukis henna turut meningkat dari semasa ke semasa.