Nama                                                : Shariffuddin Bin Yahya

Umur                                                : 34 Tahun

Tahun menjadi ahli Pusat Internet: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menghasilkan dan menjual kad kahwin, bunting, banner, rekaan logo, sticker, button badge, photo album, business card, photobooth, dan candybuffet.

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan menghasilkan serta menjual kad perkahwinan, bunting dan sebagainya. Beliau turut menyediakan pelbagai pakej-pakej perkhidmatan perkahwinan dan pelbagai acara lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas dalam bidang ICT, namun beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kuala Klawang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan menghadiri aktiviti serta kelas yang dianjurkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Program dan kelas yang dianjurkan di PI banyak membantu dalam meningkatkan peluang memasarkan perkhidmatan beliau. Penggunaan media sosial seperti Instagram banyak membantu beliau mempromosikan perkhidmatannya serta meningkatkan jumlah pelanggan. Beliau memanfaatkan media sosial bagi tujuan promosi serta memuat naik gambar-gambar produk dan sebagainya.

Nama                           : Nurfaezah Binti Mohd Ali

Umur                           : 23 Tahun

Tahun menjadi ahli PI: 2018

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis biskut moden dan klasik.

 

Latar belakang

Puan Faezah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan ini pada awalnya dengan niat untuk mengisi masa lapang serta memenuhi tempahan biskut raya dari adik-beradik beliau sahaja. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kulinari iaitu penghasilan pelbagai jenis biskut moden mahupun klasik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak menggunakan apa-apa medium dalam mempromosikan produknya. Puan Faezah juga hanya menerima tempahan daripada adik-beradiknya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan beberapa siri kelas di PI, beliau kini mula melebarkan sayap perniagaannya dengan membuat promosi di Facebook dan Instagram. Beliau memanfaatkan laman sosial sebagai medium promosi dan menghantar Whatsapp kepada pelanggan-pelanggannya. Puan Faezah juga turut mengakui, jumlah keuntungan yang diperoleh juga meningkat berbanding sebelum penggunaan ICT. Kini, pelanggannya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Nama                            : Muhammad Ameerul Bin Mohd Saad Arbi

Umur                            : 21 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2013

 

Bentuk perniagaan

Usahawan perniagaan pelbagai jenis kek  dan biskut

 

Latar belakang

En Ameerul mula menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan setelah menamatkan pengajian dalam bidang kulinari. Usaha dan minat yang mandalam terhadap penghasilan roti, kek dan biskut membuatkan beliau semakin menjinak-jinakan diri dalam dunia keusahawanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan beliau, jualan hanya dalam kalangan kenalan-kenalan rapatnya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, beliau kini berjaya meningkatkan jumlah tempahan bagi kek-kek dan biskut terutama sekali semasa musim perayaan. Beliau menggunakan medium Facebook dan Instagram bagi meluaskan lagi perniagaannya.

 

Nama                            : Nur Ayuni Binti Mohd Noh

Umur                            : 12

Tahun menjadi Ahli PI: 2016

 

Latar belakang

Adik Ayuni merupakan seorang pelajar darjah 6 di SK Teriang. Dia sering berkunjung ke PI Kuala Klawang bersama-sama adiknya bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru-gurunya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas-kelas ICT yang dianjurkan di PI, adik Ayuni kurang mahir dalam penggunaan komputer dan Internet. Adik ayuni sering berkunjung ke PI bagi membuka Youtube dan menumpang untuk melihat Facebook rakan-rakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan pelbagai siri kelas di PI, adik Ayuni kini menguasai pelbagai kemahiran ICT. Dia diajar mengenai asas komputer, menaip, langkah-langkah membuka akaun media sosial, melayari laman web E-Pembelajaran dan sebagainya.

 

Gambar disini

Nama                           : Mohamad Akmal Ashraff Bin Ismail

Umur                           : 13

Tahun menjadi ahli PI: 2017

 

Latar belakang

Adik Ashraff sangat rajin menyertai aktiviti dan program-program yang dijalankan di Pusat Internet kerana kedudukan sekolahnya yang berhampiran dengan Pusat Internet. Hal ini memudahkan adik Ashraff untuk berkunjung ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menguasai kemahiran asas komputer iaitu membuat carian di pelayar web. Oleh kerana di rumahnya tidak mempunyai komputer, adik Ashraff kurang pendedahan mengenai penggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dijalankan di Pusat Internet, adik Ashraf kini sudah mahir menggunakan Microsoft Office disamping menyiapkan kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru-guru secara atas talian. Adik Ashraff turut mengakui kemahiran-kemahiran komputer seperti video editing dan photo editing banyak membantu meningkatkan kecekapannya dalam online editing.

Gambar: Mohamad Akmal Ashraff Bin Ismail