Nama                            : Noraziha Bte Mohd Noor

Umur                            : 44 Tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual makanan sejuk beku serta menjual pelbagai jenis kuih muih dan lauk pauk.

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan menjual makanan dengan niat untuk membantu suami beliau menyara keluarga. Memandangkan pendapatan suami Pn. Noraziha yang tidak menentu kerana suami beliau hanya bekerja kampung dengan membantu membaiki rumah orang dan mengambil upah mengangkat barang. Beliau mula mencari inisiatif dengan menjual kuih muih secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan beliau, jualan hanya dalam kalangan jiran-jiran yang dikenali sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan terlibat dengan beberapa siri kelas di Pusat Internet Kuala Klawang, beliau kini telah mempunyai akaun Facebook dan Instagram bagi memasarkan produk-produk keluarannya. Beliau turut mengakui selepas penggunaan ICT, lebih ramai prospek pengguna yang mengenali produk beliau. Selain itu,pendapatan beliau juga turut meningkat dan banyak membantu dalam kewangan keluargannya.

Nama                            : Siti IntanSyafinaz Binti Abdul Kadir

Umur                            : 30

Tahun menjadi Ahli PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjahit pakaian wanita.

 

Latar belakang

Beliau mengambil kursus menjahit selama 6 bulan di Giatmara Jelebu. Selepas beliau berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, beliau berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya mengambil tempahan menjahit pakaian dari saudara - mara dan adik beradiknya sahaja. Cik Siti membuat hebahan mengenai perkhidmatan menjahitnya hanya melalui mulut ke mulut. Kebanyakan yang datang membuat tempahan adalah dikalangan kenalan rapatnya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai beberapa kelas di Pusat Internet Kuala Klawang, Cik Siti kini sudah mempunyai pelanggan dari serata tempat. Beliau kini mempunyai akaun media sosial yang digunakan untuk memasarkan dan mempromosikan perkhidmatan menjahit pakaian lelaki mahupun wanita.

Nama                                : Yusniati @ Yusniyati Binti Husin

Umur                            : 35

Tahun menjadi Ahli PI: 2017

 

 Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan menjual pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kosmetik.

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang guru kafa yang mengajar di Sekolah Ulu Seperi. Puan Yusniati menjalankan perniagaan pada awalnya dengan niat untuk mencari duit untuk upah haji arwah ayahnya serta membantu orang ramai melalui rangkaian produk yang dijual. Puan Yusniati bermula dengan menjual satu produk yang beliau telah cuba dan memberi kesan positif terhadap dirinya iaitu produk makanan minda atau IQ. Seterusnya, beliau mula menjual pelbagai rangkaian produk-produk kesihatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, pelanggan beliau hanya terdiri daripada kenalan terdekat sahaja dan hanya membuat promosi melalui mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan menjadi ahli Pusat Internet Kuala Klawang dan menyertai beberapa kelas di Pusat Internet, beliau kini sudah mempunyai akaun media sosial bagi memasarkan produk-produknya. Beliau juga mengakui selepas penggunaan ICT, jumlah tempahan produknya kini meningkat. Beliau juga mempunyai pelanggan dari serata tempat seperti Sabah, Sarawak dan Singapura. Jumlah keuntungan yang diperoleh juga mencecah RM1000 sebulan berbanding sebelum penggunaan ICT.

Nama                             : Ahmad Danial Bin Azhar

Umur                             : 13

Tahun menjadi ahli PI : 2017

 

Latar belakang

Adik Danial merupakan pelajar di sebuah sekolah yang berhampiran dengan Pusat Internet (PI) dan merupakan pelajar tingkatan 1. Dia sangat rajin menyertai kelas dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet Kuala Klawang. Beliau sering berkunjung ke PI bagi menyiapkan kerja sekolah kerana adik Danial tidak mempunyai komputer di rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menguasai kemahiran asas komputer seperti membuat carian menggunakan pelayar web dan Microsoft Office Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa siri kelas yang dijalankan di PI, adik Danial kini sudah pandai menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan Microsoft Office Publisher. Adik Danial juga sudah boleh membuat poster sendiri dan menghasilkan video pendek dengan menggunakan aplikasi yang di ajar. Beliau turut mengakui penggunaan ICT ini membantu adik Danial dalam menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.

Gambar: Ahmad Danial Bin Azhar

Nama                             : Muhd Jamalul Ikhram Bin Erwin Shah

Umur                             : 13 tahun

Tahun menjadi ahli PI : 2017

 

Latar belakang

Adik Jamalul merupakan seorang pelajar sekolah menengah  dan lokasi sekolah serta tempat tinggalnya berdekatan dengan Pusat Internet. Hal ini memudahkan adik Jamalul untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Kuala Klawang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya menguasai asas Microsoft Word dan membuat carian menggunakan pelayar web.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui terdapat latihan ICT di sini, beliau terus berminat untuk menyertai kelas yang diadakan. Beliau telah mengikuti pelbagai kelas yamg diadakan di PI dalam meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan internet. Beliau berupaya menggunakan komputer tanpa bimbingan orang lain serta boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan  apabila mereka tidak dapat membuat tugasan seperti yang ditunjukkan semasa mengikuti kelas. Kemahiran ICT adik Jamalul juga semakin baik, beliau sudah boleh menggunakan aplikasi Microsoft Office seperti Word dan Powerpoint (menaip surat, membuat pembentangan) memuat turun gambar dan lagu, membuka aplikasi komputer seperti Paint, membuat poster secara atas talian, membuat video dan lain-lain.

Gambar: Muhd Jamalul Ikhram Bin Erwin Shah