Nama                            : Mohamad Suhaimi B. Adam

Umur                            : 61 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2016

 

Bentuk perniagaan

Menjalankan perniagaan minyak wangi bagi lelaki dan wanita.

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau menjalankan perniagaan pada awalnya dengan niat untuk mengisi masa lapang. Jualan minyak wanginya mendapat sambutan dikalangan kenalan rapat beliau dan hanya membuat promosi melalui mulut ke mulut sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum penggunaan ICT, pelanggan beliau hanya terdiri daripada kenalan terdekat sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggunakan teknologi ICT dalam pemasaran produk Encik Suhaimi terutamanya dari media sosial jumlah tempahan minyak wangi beliau meningkat. Beliau juga memanfaatkan laman sosial untuk membuat promosi produk beliau kepada pelanggan selain menghantar pesanan Whatsapp kepada mereka dan pelanggan tetapnya.

Gambar: En Mohamad Suhaimi B.Adam


 Nama                           : Siti Nurul Nabila binti Norazmi

Umur                            : 21 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2017

 

Bentuk perniagaan

Mengusahakan kedai jahitan pakaian lelaki dan perempuan serta menjual pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, blouse wanita, kemeja dan pelbagai jenis aksesori wanita.

 

Latar belakang

Beliau menjadi ahli Pusat Internet (PI) Kuala Klawang semenjak berpindah ke Jelebu pada tahun ini. Beliau baru berpindah ke sini dan mendapati terdapat satu pusat internet yang berdekatan dengan kedai menjahit beliau. Di awal kunjungan, Pn. Nabila telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kuala Klawang kerana dengan menjadi ahli Pusat Internet beliau boleh mendapatkan perkhidmatan PI dengan lebih murah serta menjimatkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Nabila tidak menggunakan sebarang platform atas talian untuk memasarkan produk dan perkhidmatan menjahit beliau. Kebanyakan pelanggan beliau adalah rakan-rakan baiknya yang pernah menempah kain untuk dijahit. Produk beliau hanya dipasarkan dari mulut ke mulut sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan menjahit beliau semakin meningkat terutamanya menjelang musim perayaan dan musim persekolahan. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mengemaskini akaun facebook dan menghasilkan flyers. Dahulu, produk dan perkhidmatan Puan Nabila hanya dikenali oleh kawan-kawan beliau sahaja. Melalui media sosial, kini pelanggannya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Gambar: Pn. Siti Nurul Nabila binti Norazmi

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama :Aidil Hakimi Bin Mohd Sharman
Umur : 13 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Adik Aidil Hakimi sangat rajin menyertai kelas dan program yang dijalankan. Lokasi sekolah dan tempat tinggal beliau berdekatan dengan PI, justeru beliau mempunyai aksesibiliti yang tinggi untuk berkunjung ke PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya menguasai kemahiran asas komputer seperti membuat carian menggunakan pelayar web dan Microsoft Office Word.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa siri kelas yang dijalankan di PI, beliau sudah pandai untuk menggunakan Microsoft Office Powerpoint, Microsoft Office Publisher, serta boleh membantu rakan lain. Selain itu, beliau boleh memuat turun imej dan lagu  daripada pelayar web, menyimpan dokumen dan mencetak dokumen. Beliau turut berkemahiran dalam menghasilkan video pendek menggunakan aplikasi Filmora.


 

 

USAHAWAN BISKUT SEROJA

Nama Norashikin Bt Zainal Abidin
Umur : 47 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Norashikin mula menjalankan perniagaan semenjak tahun 1991 secara kecil-kecilan. Beliau pada ketika itu masih bekerja dan membuat kuih seroja secara sampingan sahaja. Sejak tahun 2006, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan PI, beliau hanya mempunyai laman media sosial Facebook sahaja untuk mempromosi biskut seroja beliau dan jarang mengemaskini laman Facebook tersebut. Beliau juga tidak merekodkan segala pendapatan dan perbelanjaan dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan menjadi ahli PI dan beberapa siri kelas yang dijalankan, beliau sudah mempunyai blog perniagaan sendiri iaitu nrseroja.blogspot.my. Selain itu ramai pelanggan mula mengenali produk beliau dan pendapatan beliau secara puratanya telah meningkat dari RM 300 sebulan ke RM 1000 sebulan.

 

 


 

 

 

USAHAWAN PERNIAGAAN ROTI, KEK & BISKUT

Nama : En. Azman Bin Dollah
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Azman mula menjalankan perniagaan semenjak tahun 2007. Beliau menjadikan penggemar roti, kek & biskut sebagai pelanggan sasaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan PI, beliau hanya mempunyai laman media sosial Facebook Page sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan menjadi ahli PI dan beberapa siri kelas yang dijalankan, beliau sudah mempunyai blog perniagaan iaitu pembekalrotisegar.blogspot.my.  Bagi meluaskan segmen pelanggan beliau telah mempunyai sebuah blog bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan contohnya bagi kek hari lahir, cupcakes, kek hantaran perkahwinan dan sebagainya. Dengan memasarkan produk beliau secara atas talian, pendapatan beliau meningkat dari

RM 7000 sebulan kepada RM 9000 sebulan.